Trailer pertama filem Mortal Kombat 2021 telah dikeluarkan

Warner Bros. telah melancarkan trailer pertama untuk filem adaptasi permainan video Mortal Kombat. Trailer bertempoh hampir 2 minit 30 saat ini mempertunjukkan banyak watak-watak daripada siri permainan video tersebut.

Terdapat dua trailer berbeza yang dikeluarkan. Satu trailer sesuai untuk tontonan umum, satu lagi untuk penonton dewasa sahaja kerana ia mempunyai babak keganasan melampau. Trailer di bawah adalah trailer versi tontonan umum.

Antara watak-watak yang membuat kemunculan dalam trailer ini adalah Sub-Zero (Joe Taslim), Scorpion (Hiroyuki Sanada), Liu Kang (Ludi Lin), Sonya Blade (Jessica McNamee), dan Jax (Mehcad Brooks).

Filem ini akan ditayangkan di pawagam dan distrim secara eksklusif di HBO MAX bermula dari 16 April tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+