Trailer terbaru Escape from Naraka didedahkan

Baru-baru ini, permainan Escape from Naraka mendedahkan trailer terbaru mereka yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini. 

Escape from Naraka ialah permainan survival yang diinspirasikan daripada lagenda Bali dan mitologi tempatan. Karakter utamanya akan mengembara di sebuah alam penuh misteri untuk menyelamatkan insan kesayangannya selepas diculik oleh makhluk jahat, bernama Rangda, Permaisuri Leyak.

Permainan oleh pembangun indie dari Indonesia ini memberikan pengalaman penuh cabaran tanpa henti dengan platform yang seram dan pelbagai rahsia yang perlu dirungkai. 

Selain itu, pemain juga diberikan kebolehan yang unik untuk membantu pemain melepasi segala cabaran dan halangan yang menanti mereka. 

Permainan ini masih diperingkat demo yang membolehkan mereka yang berminat untuk mencubanya di Steam. 

Escape from Naraka akan dilancarkan pada 29 Julai di Steam. Masukkan di dalam ‘wishlist’ anda sekarang.

RELATED NEWS

+