Traverse-Insectoid adalah mod baru untuk PUBG Mobile

PUBG Mobile mengumumkan pelancaran mod baru Traverse-Insectoid. Mod baru ini akan menambah lagi keseronokan untuk pemain-pemain PUBGM. Anda boleh saksikan video mod Traverse-Insectoid sebagai pengenalan:

Pemain boleh menggunakan peluru berpandu tanpa had dan pemain Insectoid boleh berlawan dalam situasi tanpa rehat dan pantas dengan pihak lawan. Anda juga perlu melarikan diri dari pemain yang bersaiz lebih besar dari anda. Mod ini boleh dimain di PUBG Mobile sehingga 5 Julai ini.

Traverse-Insectoid membuatkan semua pemain menjadi kecil dan hanya sebesar serangga. Didatangkan dengan tema baru untuk Erangel, pemain perlu mencari lima makmal pelik dan berinteraksi dengan Quantum Transformation Device untuk menjadi kecil.

Yang paling menyeronokkan apabila menjadi kecil, semua pemain akan mendapat senjata peluru berpandu tanpa had dan boleh menggunakannya sebanyak mungkin.

Pemain juga boleh mencari Energy Light Points untuk mengaktifkan Wormhole Device dan pemain akan dibawa ke makmal yang lain. Apabila anda bertukar menjadi besar, anda boleh menggunakan Energy Light Points untuk menukarkannya dengan Combat Supplies. Ingat mod ini sama dengan permainan biasa PUBGM maka anda masih perlu menjadi pemain terakhir untuk menang.

Selain dari mod baru, PUBGM juga akan melancarkan Royal Pass Season 19 bersama tema yang sama untuk semua orang.

Jangan lupa main mod baru dan juga dapatkan royale pass baru untuk PUBG Mobile.

RELATED NEWS

+