TSM, organisasi e-sukan Amerika Utara, mengumumkan barisan kejurulatihan dan pemain terbaharu mereka menjelang musim LCS 2022 League of Legends.
Mereka menandatangani dua pemain daripada China yang akan bermain untuk posisi mid-laner iaitu Zhu ‘Keaidou’ Xiong dan posisi support Wei ‘Shenyi’ Zi-jie.

Sumber: Facebook LOL Esports
Berikut ialah barisan pemain untuk TSM bagi musim LCS 2022:
- Heo ‘Huni’ Seong-hoon – top-laner
- Mingyi ‘Spica’ Lu – AD carry
- Edward ‘Tactical’ Ra – bot-laner
- Zhu ‘Keaidou’ Xiong – mid-laner
- Wei ‘Shenyi’ Zi-jie – support
Introducing our League coaching staff for 2022.@ChawyWong – LCS Head Coach@peterzhanglol – Head of Player Development@kayyslol – LCS Strategic Coach + Head Scout@tbHaitham – Head of Data Science and Analytics@gunasolol – Academy Coach
Let’s get to work #TSM 🤝 pic.twitter.com/73dPq7E7KZ
— TSM FTX (@TSM) December 9, 2021
Bagi barisan jurulatih, TSM melantik bekas jurulatih bagi pasukan Attitude daripada Hong Kong iaitu, Chawy. Berikut ialah barisan penuh jurulatih bagi TSM.
- Chawy Wong – Ketua Jurulatih
- Peter Zhang – Ketua Pembangunan Pemain
- Kayys – Jurulatih Strategik
- Haitham – Ketua Data Sains dan Analitik
- Gunaso – Jurulatih Akademik
Musim LCS 2022 akan bermula pada 14 Januari ini.
Sumber: Dot Esports