Tukarkan diri anda ke karakter The Sims dengan swafoto – paten baru EA

Anda pasti pernah terpikir bagaimana rupa anda sebenarnya di dalam The Sims?

Malah kali ini anda boleh menukarkan rupa anda hanya dengan dua klik.

EA bakal keluarkan cara baru membuat karakter The Sims ini dan sudah pun dipatenkan oleh EA.

Teknologi ini akan menggunakan AI dimana anda hanya perlu memuat naik satu gambar atau pelbagai gambar karakter atau pilihan anda sendiri.

Muka karakter itu akan dibina oleh AI untuk menjadi karakter di dalam The Sims sama dengan gambar.

 

Paten ini diterajui oleh saintis AI dan Igot Borovikov yang telah bekerja membangunkan The Sims 3, The Sims Medieval dan The Sims 4.

Rupa yang dikeluarkan di dalam The Sims nanti akan termasuk bentuk badan, muka dan bentuk muka, rambut, telingat, bulu kening, pipi, mata, hidung, mulut, dagu dan rahang.

Sebenarnya ini bukan pertama kali EA cuba untuk membuat benda ini.

EA sudah mencuba membuat sistem ini pada awal tahun 2000 untuk dimasukkan ke dalam The Sims 1.

RELATED NEWS

+