“Tunggu saya recall dan main emotes pulak,” – Mom

RED Esports mempamerkan aksi yang mantap sepanjang lima minggu MPL MY musim ke-9 berlangsung.

Di dalam kejayaan mereka, tentunya highlight juga diberikan kepada Adib Rusydi Ahmad Tarmizi (Mom) yang bermain posisi roamer dengan sangat baik.

Pihak MyGameOn sempat menemubual Mom dan bertanyakan tentang penggunaan Chou dan Franco.

“Bagi hero Franco dan Chou, kedua-dua hero ini adalah kegemaran para roamer sekarang. Chou dan Franco berada di dalam tier S. 

“Dua hero ini boleh dikatakan sebagai pemilihan selesa untuk saya ketika ini,” katanya.

Ditanya tentang pandangan dia terhadap Zaed, dia mengatakan pemain muda itu ada keinginan untuk belajar.

“Dia seorang yang bagus dan ada niat untuk belajar, dulu hero pool dia sedikit namun kini sudah banyak hero yang dia belajar dan mudah untuk kami draft untuk Zaed.

“Selain itu, Zaed kerap belajar macro baru dan juga selalu scrim. Tiba-tiba kami melihat Zaed ini mempunyai potensi dan ada bakat. Zaed sekarang sudah bersedia untuk menjadi jungler terbaik MPL MY S9,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang perbezaan Chou Mom dan Xorn.

“Kehebatan Xorn punya Chou adalah 51% manakala saya memegang 49%. Beza peratusan itu adalah dari segi saya tidak mengeluarkan emote dan recall,” akhirinya.

Ikuti temubual penuh bersama Mom di laman rasmi Tiktok kami.

@mygameondotmy @Mom ML ceritakan kenapa dia pilih Franco dan Chou semalam serta level Chou dia dan Xorn #fyp #mlbb #mplmy #kakigaming #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

RELATED NEWS

+