“Twelve Minutes, buatkan saya mahu buat permainan pengembaraan lagi,” – Hideo Kojima

Pengarah Metal Gear Solid dan Death Stranding, Hideo Kojima, kongsikan pada Twitternya yang dia benar-benar menikmati bermain Twelve Minutes, hingga membuatkannya ingin hasilkan permainan pengembaraan lagi. 

12 Minutes adalah permainan pengembaraan misteri time-loop yang dibintangi Williem Dafoe, James McAvoy dan Daisy Ridley, yang menyebabkan Kojima menyatakan, dia tidak pernah ‘menghayati permainan sebegini sejak INSIDE’.

Kojima turut menyatakan Twelve Minutes seperti memberinya inspirasi untuk menghasilkan satu lagi permainan pengembaraan. Bagi yang tidak tahu, Kojima sudah menghasilkan banyak permainan pengembaraan semasa di Konami seperti Policenauts dan Snatcher. 

Kojima turut menyatakan, “hingga sekarang, saya merasakan Dafoe akan datang di depan pintu dalam sekitar 10 minit… biasanya saya akan menyambutnya, sebagai seorang peminatnya, tetapi selepas bermain TWELVE MINUTES, saya takut dia akan menumbuk saya. Lakonan yang baik.”

Kemudian, Kojima turut membandingkan beberapa aspek daripada Twelve Minutes dengan filem The Shining.

“Paten karpet di lorong itu, benar-benar ‘The Shining’. Dan perspektif almari itu sangat bagus. Suara Dafoe juga seperti ‘The Lighthouse’,” tulis Kojima.

Sementara kita masih menunggu permainan pengembaraan Kojima yang akan datang, pemain boleh bermain Death Stranding Director’s Cut di PS5 pada 24 September nanti.

Bagi yang ingin mencuba Twelve Minutes, ia boleh dimainkan di Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+