Twitch digodam – Hampir semua data dibocorkan termasuk pendapatan streamer

Semalam, seorang penggodam tanpa nama menggodam Twitch dan menyebarkan data sebanyak 125GB.

Di dalam data itu mengandungi maklumat akaun dan kata laluan, bayaran streamer, sejarah komen, dan juga source code.

Selepas 8 jam data itu bocor, Twitch akhirnya membuat kenyataan perkara ini adalah benar.

Namun yang menarik perhatian dari pembocoran ini adalah bayaran yang Twitch kenakan kepada beberapa streamer di seluruh dunia.

Bayaran itu menunjukkan jumlah untuk September lepas dan jugak jumlah pembayaran dari Ogos 2019 sehingga Oktober tahun ini.

Bayaran yang ditunjuk adalah hanya dari bayaran Twitch tidak termasuk derma, penjualan merchandise dan juga tajaan.

Bagi sesiapa yang mempunyai akaun Twitch anda dimohon untuk menukar kata laluan dan menambah Two-Factor Authentication.

TAGS

RELATED NEWS

+