Twitch digegarkan oleh penggodam apabila banyak maklumat sulit Twitch sudah dibocorkan."> Twitch digegarkan oleh penggodam apabila banyak maklumat sulit Twitch sudah dibocorkan." /> Twitch digegarkan oleh penggodam apabila banyak maklumat sulit Twitch sudah dibocorkan." />

Twitch ‘pilih kasih’, beberapa streamer ‘kebal’ dari ban?

Minggu lalu Twitch digegarkan oleh penggodam apabila banyak maklumat sulit Twitch sudah dibocorkan.

Maklumat yang bocor ini membuatkan Twitch terpaksa menukarkan semua stream keys dan mengarahkan semua pengguna untuk menukar kata laluan.

Sudah semestinya ramai tahu Twitch selalu memberi layanan yang baik untuk setiap streamer mereka yang popular.

XQc yang mendapat ban hampir lima kali juga tidak dikenakan apa-apa tindakan begitu serius apabila akaunnya dibuka semula.

Amouranth pula yang baru-baru ini dikenakan ban  kali kelima juga terlepas dari ban selamanya dengan stream yang dikatakan banyak melanggar peraturan Twitch.

Laporan ini didapati dari Dexerto yang menunjukkan beberapa data yang menunjukkan Twitch mempunyai senarai streamer yang tidak boleh dikenakan ban.

No Ban List Twitch

Streamer besar seperti lolTyler1, RiceGum dan DJ Wheat juga ada.

Walapun senarai ini adalah dari tahun 2016 tetapi tidak bermakna Twitch tidak mempunyai senarai ini.

Adakah sikap pilih kasih dari Twitch ini masih berlaku untuk streamer besar atau cuma cara untuk menjaga pendapatan mereka?

TAGS

RELATED NEWS

+