Ubisoft Forward kedua akan diadakan pada 11 September

Acara digital Ubisoft Forward akan diadakan pada 11 September ini. Maklumat baharu mengenai permainan-permainan seperti Watch Dogs: Legion, Hyper Scape, Rainbow Six Siege, dan Immortals: Fenyx Rising akan dikongsikan di acara tersebut.

Kemaskini mengenai permainan-permainan Roller Champions, For Honor, The Division 2, dan Ghost Recon Breakpoint juga akan dibentangkan oleh ahli studio masing-masing.

Anda boleh tonton siaran langsung Ubisoft Forward di YouTube, Twitch, dan laman rasmi Ubisoft pada 11 September dan ia akan bermula pada waktu 3AM.

Ini merupakan acara Ubisoft Forward yang kedua. Acara yang pertama telah diadakan pada awal bulan Julai tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+