Ubisoft ingin menerus kan projek NFT walaupun tidak untung

Projek NFT Ubisoft kini kelihatan kurang meyakinkan untuk kedua-dua pemain serta peminat NFT.

Keuntungan yang diraih oleh projek ini tidak melebihi AS$400 (RM1600).

Malah, dilaporkan bahawa ramai staf Ubisoft yang berangkat dari syarikat. Namun Ubisoft bercadang untuk meneruskan rancangan NFT Ubisoft Quartz.

“Kami menerima banyak maklum balas sejak pengumuman itu, dan kami mendengar kedua-dua galakan dan kebimbangan,” kata Didier Genevois, pengarah teknikal blockchain Ubisoft.

“Kami memahami dari mana datangnya sentimen terhadap teknologi, dan kami perlu terus mengambil kira setiap langkah.”

Genevois berkata juga, “Percubaan ini bertujuan untuk memahami bagaimana cadangan nilai desentralisasi boleh diterima oleh pemain kami. Kami tahu ia adalah perubahan besar yang akan mengambil masa, tetapi kami akan kekal dengan tiga prinsip kami.”

Menurut Genevois, tiga prinsip Ubisoft adalah untuk ‘menggunakan teknologi secara bertanggungjawab’ dan ‘membina persekitaran yang selamat’ untuk pemain meneroka cara NFT berfungsi, ‘hanya memanfaatkan blockchain proof-of-stake yang cekap tenaga,’ dan ‘tumpu pada cadangan nilai yang bermakna untuk pemain yang memanfaatkan pengalaman permainan mereka.”

Ubisoft Quartz menerima tindak balas amat negatif daripada pemain, dengan treler pengumuman di saluran YouTube rasmi Ubisoft North America menerima lebih daripada 95% reaksi tidak suka.

Sumber: Decrypt

RELATED NEWS

+