Ubisoft lancarkan Tom Clancy’s Elite Squad di Android dan iOS

Permainan aksi RPG dari Ubisoft, Tom Clancy’s Elite Squad kini sedia dimuat turun di Android dan iOS. Permainan mudah alih ini mempunyai 70 karakter termasuk dalam game Tom Clancy seperti Sam Fisher (Splinter Cell), Caveira (Rainbow Six Siege), El Sueno (Ghost Recon: Wildlands) dan Megan (The Division).

Dalam Elite Squad, anda akan mendirikan sebuah pasukan (party) yang merangkumi lima karakter dan bertarung dalam perlawanan aksi nyata. 

Setiap unit mempunyai abiliti unik dan anda boleh mengubah senjata dan kelengkapan mereka. Yang menariknya, elemen dalam permainan-permainan Tom Clancy seperti peta juga diambil dan anda akan berlawan di pelbagai peta dari permainan berbeza. 

Selain kempen permainan tunggal, terdapat juga mod multi-pemain untuk lawan skuad lain dianggotai lima pemain.

Download: Android, iOS

RELATED NEWS

+