Ubisoft memadam permainan di Steam selepas berlaku isu DRM

Ubisoft baru-baru ini dipersoalkan oleh beberapa peminat selepas tindakan mereka memadam servis atas talian beberapa permainan mereka di Steam.

Pengumuman yang dibuat pada April lalu menyatakan, mulai 1 Jun, Ubisoft akan mula memadam servis atas talian bagi 8 judul permainan mereka yang akan menghentikan servis berbilang pemain atas talian dan hanya mengekal mod solo. Antara judul permainan video yang dihentikan servis berbilang pemain ialah Assassin’s Creed 2, Far Cry 2, Prince of Persia: Forgotten Sands dan Might & Magic X: Legacy.

Apabila langkah itu dilaksana pada 1 Jun, pemain satu daripada lapan permainan yang tersenarai, iaitu Might & Magic X: Legacy, mendapati terdapat satu masalah.

Masalah muncul apabila sistem DRM permainan itu memerlukan talian internet untuk mengesahkan bahawa salinan permainan itu adalah salinan yang sah. Jadi, dengan tindakan Ubisoft menghentikan servis atas talian itu, mereka juga memadam keperluan ini. 

Tindakan ini mengakibatkan pemain tidak dapat bermain walaupun dalam mod satu permain atau mendapat akses kandungan DLC yang dibayar. Hal ini kerana kedua-dua ini memerlukan pengesahan DRM. 

Pada awalnya Ubisoft masih menjual permainan ini. Tanpa usaha untuk membaiki bagi membolehkan pemain terus bermain, syarikat itu mengambil langkah memadam terus permainan itu daripada diakses oleh pemain. Sebaliknya, Ubisoft menggantkannya dengan mesej “Atas permintaan penerbit, Might & Magic X: Legacy tidak lagi dijual di Steam”, selepas mendapat ulasan negatif daripada pemain di Steam selepas 1 Jun.

RELATED NEWS

+