Ubisoft menangguh Rainbow Six Extraction, Riders Republic sekali lagi

Ubisoft sekali lagi menangguh Rainbow Six Extraction dan Riders Republic di mana masing-masing ditangguhkan hingga awal 2022 dan 28 Oktober (Riders Republic). 

Di dalam hantaran yang berbeza, penerbit menyatakan penangguhan Extraction adalah “untuk mengambil lebih masa menjadikan visi lebih hidup” sementara Riders Republic memerlukan “lebih masa untuk menambahbaik pengalaman dan memberikan peluang untuk sertai sebelum pelancaran dan memberi lebih maklum balas”.

Rainbow Six Extraction sebelum ini pernah diumum di E3 2019 dan ditetapkan akan dilancarkan pada 2020. Manakala Riders Republic diumum di acara Ubisoft Forward pada September 2020 dan dirancang akan dilancarkan pada Februari.

Ini adalah trend menangguh permainan yang berlaku di Ubisoft sejak belakangan ini. 

Terbaru, Far Cry 6 ditangguh terus pada tahun akan datang, Avatar: Frontier of Pandora ditangguh hingga 2022 dan Skull & bones pula ditangguh beberapa kali walaupun pernah diumumkan sejak 2017 lagi. 

RELATED NEWS

+