Ubisoft Singapura disiasat berikutan dakwaan terdapat gangguan seksual

Kesinambungan pendakwaan kes gangguan seksual melibatkan Ubisoft tahun lalu, syarikat itu kini menerima pertuduhan yang sama, kali ini melibatkan pejabat mereka di Singapura.

Menurut The Straits Times Singapura, Ubisoft Singapura kini disiasat oleh pihak penguatkuasa tempatan untuk memastikan budaya kerja yang adil selepas terdapat pendakwaan gangguan seksual dan diskriminasi tempat kerja.

Rhe Tripartite Alliance for Fair and Progressive Employment Practices (Tafep) melancarkan siasatan mereka selepas menerima laporan media bahawa berlaku kekasaran di tempat kerja dan perlakuan tidak adil di Ubisoft Singapura. 

Laporan media yang dibuat oleh Kotaku itu mengandungi testimoni yang dikumpul semasa temuramah bersama lebih 20 pekerja dan bekas pekerja studio itu. 

Jika syarikat itu ditemui melanggar Kerangka Pertimbangan Adil oleh Kementerian Tenaga Kerja (MOM) Singapura, syarikat itu akan dihalang untuk memohon pas pekerja untuk pekerja asing atau memperbaharui pas yang sedia ada dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.

Ia difahamkan kini Ubisoft Singapura mempunyai 500 staf, di mana rakyat Singapura mengisi hampir 40% yang berperanan sebagai pakar dan pakai senior.

Ubisoft Singapura adalah cabang Asia Tenggara baru studio permainan video Perancis itu yang berperanan dalam pembangunan Assassin’s Creed termasuk DLC The Siege of Paris di dalam Assassin’s Creed: Valhalla.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+