UiTM Vendetta naib juara PVP Esports Campus Championships Regional Finals

UiTM Vendetta telah muncul sebagai naib juara di kejohanan PVP Esports Campus MLBB Championships 2020 untuk rantau Asia Tenggara.

Pasukan kebangsaan ini diwakili oleh Muhammad Nabil “King Abey” Japri (kapten), Muhammad Badrun “King Badd” Ahmad Puad, Danish Haziq “King Deft” Azrul Yussaini, Aliff “King Dead” Nasir, Muhammad Amirul Iqmal “King Coca” Rosman, dan Muhammad Zulhafiz “King White” Md Yusuf.

Ahli-ahli pasukan UiTM Vendetta

Hasil daripada kemenangan ini, mereka membawa pulang SGD$1,500 (RM4,500) bersama produk-produk Razer bernilai SGD$1,500 (RM4,500).

Dengan kemenangan ini, UiTM Vendetta sesuai dinobatkan sebagai antara pasukan universiti yang hebat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara.

Pasukan dari UiTM Shah Alam itu dipilih menjadi wakil Malaysia untuk kejohanan PVP Esports selepas menjadi juara Mobile Legends: Bang Bang di Kejohanan E-sukan Kampus Semester 3.

Pada perlawanan akhir, pasukan Pigeon & Friends yang mewakili Singapura muncul sebagai juara. Mereka menewaskan UiTM Vendetta dengan skor 3 – 0 di perlawanan akhir.

Pigeon & Friends membawa pulang SGD$2,500 (RM7,600) dan juga produk-produk Razer bernilai jumlah wang yang sama.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan IDoNotSleep yang mewakili Thailand yang menwaskan pasukan Teletigers dari Filipina.

Di kejohanan PVP Esports, UiTM Vendetta berjaya mengalahkan pasukan-pasukan yang mewakili Indonesia (Unud Empire), Thailand, dan juga Filipina.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman web rasmi PVP Esports ataupun laman Facebook mereka.

 

Kem latihan di Eastin Hotel Kuala Lumpur

 

Selama empat hari tiga malam,  pasukan UiTM Vendetta berada di Eastin Hotel Kuala Lumpur untuk berlatih menghadapi kejohanan ini. 

Selain menyediakan bilik khas untuk tujuan latihan, pemain UiTM Vendetta juga diberi peluang menjamu selera pada waktu pagi, petang dan malam. Mereka juga diberikan bilik untuk beristirehat sepanjang tiga hari berada di sini.

Terima kasih Eastin Hotel Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada atlet-atlet Malaysia melakukan yang terbaik sepanjang kejohanan ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+