Ujian beta Apex Legends Mobile bakal tiba di Amerika Latin 21 September ini

Ujian beta Apex Legends Mobile bukanlah kali pertama dilancarkan. Pada April lalu, India menjadi negara pertama yang mencuba permainan ini. Kemudian diikuti Filipina, Malaysia dan Indonesia pada Julai. Kini, ujian beta Apex Legends Mobile diuji di zon Amerika Latin (LATAM) pula.

Diumumkan melalui laman Twitter zon Amerika Latin mereka, EA menyatakan bahawa permainan battle royale ini akan tiba di Mexico, Colombia dan Peru, pada 21 September ini. Namun buat masa ini, hanya versi Android sahaja yang diumumkan. 

Apex Legends versi mudah alih ini dikatakan boleh dimuat turun secara percuma dan merupakan versi yang diringankan sedikit berbanding versi konsol dan PC. Jadi ia kemungkinan tidak akan menyokong fungsi permainan rentas platform seperti kedua versi yang lain. 

Secara tidak langsung Apex Legends Mobile ini akan bersaing bersama tajuk-tajuk battle royale yang lain seperti PUBG MOBILE, Free Fire dan PUBG: New State. 

Apex Legends Mobile dijangkakan akan dilancarkan pada penghujung 2021. Buat masa ini masih tiada tarikh rasmi diumumkan.

Sumber: Dot Esports, AFK Gaming

RELATED NEWS

+