Ulang tahun pertama Genshin Impact bersama Codashop – hadiah eksklusif menanti anda!

Codashop yang kini antara peneraju perkhidmatan tambah nilai permainan dalam talian mengumumkan cabutan bertuah  yang penuh dengan hadiah unutk menyambut ulang tahun pertama Genshin Impact.

Codashop bersama Genshin Impact dan HyperX membuat beberapa giveaway eksklusif yang bermula pada 20 September sehingga 20 Oktober ini.

Pemenang akan diumumkan pada 22 Oktober depan.

Anda berpeluang untuk memenangi barang dari Genshin Impact dan juga fon kepala HyperX.

“Di Coda, kami dan jutaan pengguna kami sukakan Genshin Impact. Sudah pasti kita akan menyambut ulang tahun pertama Genshin Impact,” ujar Philippe Limes, CEO Coda Payments.

Blessing of The Welkin Moon juga kini boleh dibeli di Codashop bagi memudahkan lagi pemain-pemain Genshin Impact.

Permainan ini juga akan menyambut dengan konsert atas talian pertama Melodies of an Endless Journey dari barisan orkestra serata dunia.

MyGameOn juga sudah pun mengadakan giveaway bagi Genshin Impact yang boleh di Instagram:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

RELATED NEWS

+