Ulang tahun VALORANT pertama! banyak aktiviti menarik akan dijalankan

Singapura: 2 Jun adalah tarikh ulang tahun pertama VALORANT sejak pelancarannya tahun lepas. VALORANT yang menjadi permainan video first person shooter pertama Riot Games nyata mendapat sambutan yang begitu ramai serata dunia.

“Tahun lepas, apa yang kami mahu cuma permainan FPS untuk semua orang, tanpa disangka VALORANT menjadi antara permainan yang paling popular di Asia Tenggara. Kami mengharapkan semua peminat akan menyertai acara terbesar yang penuh dengan pelbagai inovasi baru,” kata Justin Huloq, Pengurus Besar Riot Games Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Riot Games SEA juga akan mengadakan beberapa aktiviti seperti SEA Birthday Rush Livestream yang akan diadakan secara langsung pada Rabu ini, 2 Jun pada jam 8 malam waktu Malaysia. Anda boleh melihat kek ulang tahun VALORANT dalam video di bawah. 

VALORANT juga akan memperkenalkan Community Showcase – Bricx Martillo Dumas. Bricx merupakan seorang artis visual di Quezon City, Filipina. Bricx juga menjadi pereka yang membuat ilustrasi ulang tahun pertama Valorant.

Tidak lupa juga peminat Agent berdekatan anda yang akan memaparkan kedatangan streamer atau artis terkenal dari Filipina, Indonesia dan Thailand. Anda boleh menonton setiap video mereka di Facebook Valorant Filipina, Indonesia dan Thailand.

Akhir sekali dengan acara Twitch Rivals Community Tournament. Riot Games SEA akan bekerjasama dengan Twitch dan Taiwan Mobile untuk menjalankan aktiviti Twitch Rivals di mana pertandingan ini akan mempunyai hadiah sebanyak AS$15,000.

Nantikan acara ini di Twitch dan juga VALORANT Taiwan.

Riot Games akan memastikan semua pemain dapat menyambut ulang tahun ini. 

TAGS

RELATED NEWS

+