Uncle Chikanook kini pengurus pasukan Red Esports

Faeiz Wahab atau lebih senang dikenali sebagai Uncle Chikanook kini menjadi pengurus pasukan Red Esports Mobile Legends.

Pasukan tersebut kini di tangga kedua dalam musim liga MPL Malaysia musim ketujuh yang sudah berlangsung selama empat minggu.

Pengumuman itu dibuat dalam satu posting ringkas di Instagram.

 

Sebagai pengurus pasukan pastinya Uncle Chikanook bertaunggungjawab menjaga kebajikan dan urusan pemain.

Sebelum ini beliau pernah menjadi Pengurus Pemasaran di NV Bosskurr.

Dalam pengumuman sama, Red mengumukan Fryzo sebagai jurulatih.

Red Esports dianggotai oleh pemain-pemain berbakat tanah air antaranya Haru dan Ash yang sebelum ini menyertai Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) serta Eren dan Mom (peserta MPL MYSG musim keenam). 

Red juga dianggotai oleh KLVN, Fufu dan Heri.

Foto: Red Esports

RELATED NEWS

+