UndeRank satu-satunya wakil negara ke kejohanan dunia AOV

Pasukan UndeRank akan membawa harapan negara di kejohanan dunia Arena of Valor (AWC 2021) yang akan berlangsung pada 19 Jun ini.

Mereka diwakili oleh Xfeng, YLiang, Botak, Lyl, Zen, Lcc2 dan jurulatih, Stanley.

UndeRank melalui pusingan kelayakan buat MSP, sebuah kelayakan untuk tiga negara sekali gus (Malaysia, Singapura dan Filipina). Dalam pertembungan tersebut yang bermula pada 28 Mei, UndeRank menewaskan Impunity (Singapura) 2-0 sebelum menundukkan Filipina 3-0 di semi finals.

Mereka kemudiannya berjumpa dengan pasukan senegara, M8 Hexa dan berjaya meraih skor 4-1 dalam finals best of 7 itu.

Senarai pasukan akan menyertai AWC 2021:

 

UndeRank berada dalam kumpulan C selepas cabutan undi dibuat.

AWC mengumpulkan hadiah terkumpul AS$500,000 (RM2.06 juta).

Ia boleh ditonton menerusi Facebook, Youtube dan Twitch.

Foto: UndeRank

RELATED NEWS

+