Untitled Goose Game akan dilancarkan secara fizikal pada 29 September

Skybound Games, iam8bit, dan House House telah mengumumkan pelancaran fizikal Untitled Goose Game untuk PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch. Ia akan dilancarkan pada 29 September tahun ini.

Selain daripada edisi biasa, iam8bit akan menerbitkan edisi khas yang dipanggil Lovely Edition. Ia mempunyai rekaan unik yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.

Laman web iam8bit juga akan menjual muzik latar Untitled Goose Game dalam bentuk cakera vinyl. Ia dijual pada harga US$29.99 (RM128).

Sebelum ini, Untitled Goose Game telah dilancarkan secara digital di PC, PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One. Versi fizikal ini sesuai untuk mereka yang telah menjadi peminat tegar judul tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+