Untunglah! Penumpang Kapal Terbang Teruja Dapat Nintendo Switch Secara Percuma

Alangkah bahagianya kalau dapat Nintendo Switch percuma.

Mimpi ini menjadi kenyataan apabila pramugari memberikan Nintendo Switch dan juga Super Mario Maker 2 secara percuma kepada semua penumpang pesawat di Amerika Syarikat.

Ini adalah satu kejutan rahsia bagi rata-rata penumpang pesawat ini kerana pihak Nintendo tidak memberi apa-apa tanda pemasaran mengejut ini. Kejutan ini mula mendapat perhatian orang ramai apabila penumpang pesawat mula berkongsi gambar semua penumpang mengangkat tangan bagi menunjukkan Nintendo Switch sejurus sahaja mereka menaiki pesawat.

Pesawat ini dijadualkan dalam perjalanan dari lapangan terbang Dallas Love Field ke lapangan terbang antarabangsa San Diego. Apa yang menarik adalah hampir kesemua penumpang pesawat berkenaan terdiri daripada mereka yang mahu menghadiri San Diego Comic Con yang sedang berlangsung pada 17 Julai sehingga 21 Julai 2019. 

Pengurus media sosial Funanimation, Nicholas Friedman merupakan salah seorang penumpang sedang dalam perjalanan ke San Diego Comic Con turut menerima Nintendo Switch percuma yang diberikan oleh pramugari pesawat sambil memakai topi keras Mario Maker 2.

Menurut IGN, ini bukan kerjasama pertama Nintendo dan syarikat penerbangan Southwest Airline. Pada tahun 2013, rupa-rupanya Nintendo menjadi ‘rakan rasmi video game untuk penerbangan Southwest Airline. Pada tahun yang sama, penumpang kapal terbang dalam perjalanan dari New Orleans ke Dallas menerima konsol Wii U dan Super Mario Bros. U secara percuma.

Pada 2016, dua syarikat ini membuat kejutan lagi kepada penumpang pesawat dari Dallas ke Los Angeles dengan Nintendo 3DS XL dan juga Super Mario Maker untuk Nintendo 3DS percuma. 

Nintendo baru sahaja mengumumkan Nintendo Switch Lite iaitu versi Switch baru dengan bateri lebih lama tetapi tidak boleh dimainkan di TV. Baca artikel ini untuk ketahui mana lagi sesuai dengan cara permainan korang: Nintendo Switch ataupun Nintendo Switch Lite?

Bilalah kita boleh dapat merasa sifat murah hati Nintendo di Malaysia, ya? Untunglah mereka dapat Switch dengan Super Mario Maker 2 yang baru sahaja dilancarkan pada 28 Jun 2019.

Kredit gambar: Lauren Moore

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+