Update Baru PUBG Memperkenalkan Peta Tropika, Sanhok – Akan Hadir 22 Jun Ini

Update terbaru untuk versi PC bagi permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) nampaknya membawakan beberapa kandungan baru antaranya penambah baikan kepada bunyi, UI baru dan juga peta tropika baru iaitu Sanhok bermula Jumaat, 22 Jun ini!

Peta itu sebelum ini diuji selama beberapa minggu di Server Experimental PUBG dan akan dikeluarkan secara rasmi bersama Patch 15. Peta itu mempunyai keluasan 4km x 4km, boleh dikatakan satu per empat keluasan peta Erangel dan Miramar. Walaupun lebih kecil, ia akan hoskan 100 pemain bermakna perlawanan lebih laju dan mencabar di Sanhok.

PUBG Corp. juga akan memperkenalkan QBZ95, senjata baru dilancarkan bersama Sanhok dalam Patch 15. Ia adalah AR yang menggunakan 5.56 mm rounds. Sebanyak 30 rounds boleh digunakan pada satu-satu masa dan hanya ditemui di peta tropika itu, menggantikan SCAR-L.

Selain itu, terdapat penambahan lain seperti UI pada Leaderboard, fungsi Replay dan senarai kawan. Banyak elemen UI dalam permainan seperti inventori, peta dan results screen ditambah baik sementara peta kecil boleh diperbesarkan dan zoom ke dalam atau keluar bergantung kepada pergerakan karakter.

Terdapat juga pembetulan teknikal yang menumpukan pada bugs.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+