Update Terbaru Pokemon Go Tak Lagi Berfungsi Di Peranti iOS Yang Lama

Pemilik iPhone 5 dan 5c, lepas ni korang dah tak boleh lagi main Pokemon Go. 

Ini kerana peranti ini tidak lagi dinaiktaraf kepada iOS 11 dan patch update yang akan dimasukkan ke Pokemon Go menyebabkan sistem operasi kedua-dua iPhone ini tidak mampu untuk catch-up.

Lebih membimbangkan, pemain tidak lagi boleh log-in dan menggunakan item dalam beg. Perubahan ini akan berkuat kuasa pada 28 Februari. Setakat ini Niantic tidak memberi sebarang maklumat jika pemain boleh memindahkan akaun mereka ke iPhone dengan versi iOS yang terbaru.

 

TAGS

RELATED NEWS

+