meninggalkan organisasi e-sukan Fnatic."> meninggalkan organisasi e-sukan Fnatic." /> meninggalkan organisasi e-sukan Fnatic." />

Upset membalas kenyataan Adam mengenai isu Fnatic

Adam “Adam” Maanane sebelum ini mengeluarkan kenyataannya melalui TwitLonger selepas meninggalkan organisasi e-sukan Fnatic.

Kali ini, Upset atau nama sebenarnya Elias Lipp berkongsi kenyataannya melalui TwitLonger yang bertajuk ‘Privacy, assumptions and my thoughts’ bagi membalas kenyataan yang dibuat oleh Adam. 

Upset pertama sekali menyatakan, “Ada sebab saya tidak mahu kongsikan perkara peribadi terutama daripada mereka yang rapat dengan saya dengan orang awam,”

Dia juga mempertahan untuk tidak mahu memperincikan sebab kenapa dia tinggalkan pentas Worlds 2021 dan menyatakan itu adalah haknya mempertahankan privasinya. 

Namun, dia cukup kecewa apabila Adam bertindak melibatkan isterinya, Paula, sebagai sebab dia tinggalkan kejohanan dunia itu. 

“Mengenai orang menulis berkenaan isteri saya adalah antara yang paling sedih dan menyakitkan diri saya dan dirinya,” katanya. “Dia tidak pernah menyuruh saya untuk tinggalkan Worlds dan dia sangat menyokong saya.”

Bahkan, dia juga menyelar Adam yang menyatakan dia “tinggalkan pasukannya kerana lebihkan isterinya semata adalah satu penipuan.”

Mengenai Upset mahu menukar peranan Adam dan cuba membawa Alphari ke dalam pasukannya, dia menyatakan dia cuma bercakap dengan pemain top-laner Team Liquid itu adalah permintaan daripada Fnatic.

“Alphari minta untuk bercakap dengan saya selepas perbualannya bersama Fnatic berikutan kami adalah bekas rakan sepasukan dan kawan. Ia adalah perkara yang biasa bagi mana-mana pemain yang mahu sertai mana-mana organisasi.

“Pengurusan Fnatic yang akan buat keputusan mengenai perkara yang perlu ditandatangani dan saya hanya diminta memberikan maklum balas mengenai seseorang dan untuk bercakap dengannya,” dia menjelaskan.

Pada akhir TwitLongernya Upset juga mengharap isu ini tidak digunakan untuk menyakiti mana-mana pihak dan untuk cuba memahami pandangannya.

Selain itu, dia juga menyatakan setiap orang ada hak untuk mempertahankan privasi masing-masing dan tidak patut dipertikaikan.  

Sumber: Dexerto

TAGS

RELATED NEWS

+