Ura-ura menyatakan Mod Hazard Zone Battlefield 2042 gabungan Escape from Tarkov dan Hunt: Showdown

Masih sedikit yang diketahui tentang Mod Hazard Zone di dalam Battlefield 2042, tetapi satu perincian baru tertiris, terima kasih kepada seorang dataminer di Twitter. 

Ketirisan itu hadir daripada temporyal, satu akaun yang dikenali dengan datamining siri Battlefield.

Untuk  memberi gambaran mengenai dua permainan yang boleh dibandingkan dengan Hazard Zone, ialah Escape from Tarkov permainan tembak pemain tunggal di mana pemain akan mengambil bahagian dalam satu serangan dan berlawan menentang pemain lain dan musuh AI, untuk mendapatkan loot dan lepaskan diri dari peta itu.

Manakala Hunt: Showdon di mana pemain akan mengumpul ganjaran daripada membunuh raksasa.

Ciapan tambahan mencadangkan bahawa, pemain boleh menjangkakan untuk mengumpul maklumat daripada pemacu data dan satelit yang terhempas. Ia juga dijangkakan akan mengandungi stesen peluru dan pautan yang membolehkan ada memanggil Ranger the Robot Dog atau ADT.

Pihak DICE masih lagi belum memberi perincian mengenai Hazard Zone, selain menyatakan ia berbeza berbanding mod permainan lain. Mereka kini menjalankan ujian teknikal jemputan yang bermula minggu lalu dan beta terbuka dijangka tiba September nanti.

Dengan pelancaran Battlefield 2042 dijangka pada 22 Oktober, masih ada peluang untuk DICE berkongsi lebih banyak maklumat mengenai mod baru itu. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+