Seorang pekerja daripada Virtuos Studio, iaitu studio yang dikatakan sedang membikin semula Metal Gear Solid 3, mengesahkan mereka sedang membangunkan semula sebuah permainan aksi pengembaraan AAA.
Ditemui oleh pengguna Twitter, Faizan Shaikh (dan dilapor oleh VGC), seorang ketua programmer Virtuos, Zhiyang Li, menulis di laman profil Linked In miliknya, menyatakan sedang membangunkan sebuah permainan AAA yang belum diumumkan, sejak 2018 lagi.
So Virtuos Studios Working on Remake According to this LinkedIn Profile, Probably Metal Gear Solid 3… Previously It’s been reported by @AndyPlaytonic.
– AAA Action Adventure Remake
– Looks like Ground up Remake
– 4k For Certain Platform@bogorad222 pic.twitter.com/HpAUk0PgkT— Faizan Shaikh (@FaizShaikh7681) October 10, 2021
Menurut penerangan mengenai peranan Li di studio, kemungkinan pembikinan semula ini akan menyertakan “sokongan 4K pada beberapa platform”, serta “produksi seni dengan kualiti AAA” dan “set pemusnah kepingan”.
Walaupun penemuan ini tidak menyatakan permainan apa yang dibangunkan oleh pasukan Li, terdapat sebuah laporan yang menyatakan pihak Konami sedang merancang untuk menghasilkan semula permainan Metal Gear Solid original untuk konsol generasi baru, termasuk Metal Gear Solid 3: Snake Eater yang dikatakan dibangunkan oleh Virtuos.
Virtuos Studio cukup dikenali dengan penghasilan permainan AAA seperti Dark Souls Remastered untuk Nintendo Switch, Uncharted 4, Call of Duty Black Ops 4, Horizon Zero Dawn, The Outer World dan Shadow of the Tomb Rider.
Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.