Usain Bolt menjadi pemilik bersama syarikat e-sukan WYLDE

Juara Olimpik lapan kali, Usain Bolt, kini menyertai syarikat e-sukan WYLDE sebagai pemilik bersama.

Organisasi e-sukan Ireland ini menyatakan bahawa pelari pecut Jamaica itu akan “terbabit dalam pelbagai aktiviti yang memfokuskan jenama WYLDE yang semakin berkembang”.

“Sudah tiba masanya untuk saya memiliki francais e-sukan profesional.

“Saya sangat teruja dan bersedia untuk sesuatu yang besar!” tulisnya di Twitter.

Bolt, 35, adalah ‘gamer’ sejak kecil lagi. Beliau dianggap sebagai pelari pecut terbaik sepanjang masa.

Beliau memegang rekod dunia dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter bersama pasukan kebangsaan Jamaica. 

Pada tahun 2017, Bolt mengumumkan persaraannya daripada sukan olahraga.

Foto: WYLDE

Rujukan: OutlookIndia

RELATED NEWS

+