V33Wise keluar Blacklist International?

Gandingan duo terhebat OhMyV33nus dan juga Wise pernah menggegarkan pentas Kejohanan Dunia M3 pada tahun lepas.

Mereka mengumumkan untuk mengambil cuti dan tidak menyertai MPL PH musim ke-9 bersama pasukan Blacklist International. Keputusan itu dibuat kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga.

Kini, Wise memuat naik satu hantaran yang menyatakan mereka berdua sedang mencari pasukan baru untuk bersaing di musim ke-10.

“V33Wise sedang mencari pasukan untuk musim ke-10. Kami mampu untuk bersaing di mana-mana rantau,” tulisnya.

Namun begitu, Wise sudah memadamkan hantaran itu di atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Adakah mereka berdua sudah memilih untuk keluar dari Blacklist International?

Nantikan perkembangan tentang berita ini tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+