Vaanstrong masuk EVOS Legends?

Melalui perkongsian laman akaun rasmi Instagram AuraFire, mereka sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Vaanstrong. Beliau juga tidak berada di dalam video pengumuman roster MPL Indonesia musim kelapan pasukan Aura tempoh hari. 

Vaanstrong adalah salah seorang pemain memegang posisi support di dalam pasukan itu. Beliau bijak membuat rotasi dari satu tempat ke satu tempat untuk membantu pasukannya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by AURA (@auraesports)

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Di dalam penstriman langsung Wann beberapa minggu lepas, secara tidak sengaja beliau mendedahkan Vaan dikatakan sudah lulus ujian kemasukan di dalam pasukan EVOS Legends.

Rekt juga ada mengatakan akan ada seorang pemain baru yang istimewa ke dalam pasukan sang macan putih itu. Jika khabar angin itu benar, maka pasukan EVOS Legends pasti menjadi lebih kuat untuk persediaan menghadapi MPL Indonesia musim kelapan kali ini.

Perkara ini akan terjawab sewaktu EVOS Legends membuat pengumuman kesemua barisan pemain mereka nanti. Apakah pendapat anda? adakah Vaanstrong akan masuk ke EVOS Legends pula nanti?

RELATED NEWS

+