Vainglory All-Stars Adalah Permainan Tiga Lawan Tiga, Seakan Brawl Stars (Supercell)

Studio SuperEvilMegaCorp di sebalik permainan mudah alih MOBA 5V5 Vainglory, kini rasmi akan melancarkan satu lagi game terbaru ala-ala Brawl Stars (Supercell) iaitu Vainglory All-Stars.

Bazooka Tango, studio baru yang dilancarkan oleh oleh Super Evil Megacorp tersebut sudah menerima dana sebanyak AS$2.5 juta untuk menghasilkan permainan mudah alih dan ini adalah projek terbaru mereka.

Studio ini diasaskan oleh dua veteran SEMC iaitu Bo Daly dan Stephan Sherman.

“Dari membawa permainan bertaraf AAA ke peranti pintar, kami ingin memberikan pengalaman baru kepada pemain dengan mencipta mobile-first AAA.

“Bazooka Tango sudah pun menubuh satu unit pasukan dengan kepakaran berbeza untuk mencipta sesuatu dari awal bagi menghadapi pasaran permainan mudah alih dan generasi baru mobile-first gamers (pemain yang tidak pernah bermain platform lain selain mobile),” jelas Daly.

Vainglory All-Stars akan dilancarkan pada musim bunga ini sekitar April hingga Jun. Ia menggunakan karakter popular dalam dunia Vainglory.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+