Vainglory Menambah Fungsi Rentas Platform – PC & Mobile Selepas Sekian Lama

Selepas sekian lama, nampaknya Vainglory akhirnya menyokong fungsi rentas platform untuk PC & mobile.

CEO Super Evil Megacorp, Kristian Segerstrale umumkan kemaskini 4.0 membawakan text chat dalam permainan, friends hub, antaramuka baru dan lain-lain. Ia boleh dimuat turun di PC bermula sekarang!

Walaupun begitu, ini bukanlah perkara baru kerana banyak saja permainan video contohnya Fortnite yang menyokong fungsi diidamkan ramai ini. Bukan apa, ada yang tak mampu beli PC jadi kalau ada phone boleh main sekali. Walaupun ada mengatakan ia mungkin kurang adil, setiap pertandingan menggunakan hanya satu platform saja.

Arena of Valor pula tidak lagi menyokong fungsi ini antara Switch dan iOS atau Android.

Sumber: Toucharcade

RELATED NEWS

+