Valorant kini sudah empat tahun dan menjadi antara permainan video FPS paling terkenal setakat ini.
Riot baru-baru ini mengumumkan Valorant bakal beralih ke Unreal Engine 5.
“Kami sudah bekerja keras untuk keluar dari UE 4 dan beralih ke UE5. Ini bukan perkara mudah untuk permainan dengan perkhidmatan ‘live service’ tetapi langkah ini perlu,.” ujar Anna Donlon, Ketua VALORANT Studios.
Anna Donlon announced #VALORANT will be switching to Unreal Engine 5 👀! pic.twitter.com/WQlddIcJ9r
— VALORANT Leaks & News (@VALORANTLeaksEN) October 2, 2024
Naik taraf ini bukan sahaja akan menukarkan wajah dan prestasi VALORANT tetapi banyak perkara baharu boleh dilakukan dari segi grafik, skin dan lain-lain.
Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman bila transisi ini akan dilakukan oleh Riot.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!