VALORANT dan Zedd bakal berkolaborasi dan akan didedahkan hari ini

Riot Games mengumumkan bahawa mereka melakukan sebuah kolaborasi bersama DJ terkenal, ZEDD, dan ianya akan didedahkan pada 7 September 8.00 pagi PST (11.00 malam waktu Malaysia).

Diumumkan melalui laman Twitter mereka, kemungkinan mereka akan melancarkan barisan skin senjata baru yang bertemakan Zedd, atau mungkin lebih daripada itu. 

Melalui teaser itu juga, ia menyatakan sebuah acara istimewa akan berlangsung. Ia kemungkinan pelbagai barangan dalam permainan yang akan diperlihatkan sepanjang acara itu, seperti kad pemain dan buddy senjata. 

Mungkin juga muzik Zedd akan dimainkan di dalam permainan. 

Jadi, bagi peminat VALORANT dan Zedd, jangan lepaskan peluang untuk menantikan apa yang akan diperlihatkan oleh Riot melalui kolaborasi ini. 

Sumber: DotEsports

RELATED NEWS

+