VALORANT Episode 2 Act II memperkenalkan Agent baharu Astra

Riot Games telah mengumumkan babak seterusnya dalam permainan VALORANT. Episode 2 Act II akan bermula dari 2 Mac ini dan ia memperkenalkan seorang Agent baharu serta battle pass baharu.

Agent baharu yang akan diperkenalkan dalam Episode 2 Act II ialah Astra. Dia merupakan seorang watak yang berasal dari Ghana dan berperanan sebagai seorang Controller. Kebolehan-kebolehannya melibatkan kosmos dan bentuk astral.

Kelebihan utama Astra ialah dia boleh meletakkan Stars semasa menggunakan Astral Form. Stars boleh digunakan untuk pelbagai serangan dan taktik seperti Nebula (asap), Nova Pulse, dan Gravity Well yang menarik watak-watak musuh ke pusat Star tersebut.

Battle pass baharu juga akan diperkenalkan. Ia mengandungi pelbagai skin dan barangan kosmetik lain yang menarik dalam trek percuma dan trek berbayar seperti skin senjata Cavalier dan Prism III.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+