VALORANT memperlihatkan battlepass bagi Episode 3, Act 2, lebih banyak koleksi skin menarik

Dengan Episode 3 Act 1 VALORANT yang bakal tamat dalam beberapa hari lagi, pihak Riot kali ini memperlihatkan beberapa kandungan baru bagi battlepass Episode 3 Act 2 yang akan dilancarkan pada 8 September ini.

Melalui battlepass kali ini, ia adalah kali pertama mereka sertakan skin senjata untuk Phanton, Vandal dan Operator. Terdapat juga skin senjata bertemakan Artisan dan Varnish yang memberikan ciri-ciri mewah. Manakala, skin senjata Nitro yang menampilkan ciri lebih grafik dan flashy.

Selain itu, mereka juga menyertakan stiker-stiker jenaka dan meme selepas dilihat mendapat sambutan yang cukup baik daripada pemain, pada battlepass yang lalu. Mereka juga mengeluarkan pelbagai kad pemain yang menarik yang menampilkan koleksi semasa Beta Tertutup mereka, agen-agen dan pelbagai lagi. 

“Kami cuba untuk menghasilkan lebih banyak kandungan ‘bersiri’ yang menjadikan pemain lebih berminat untuk mengumpul barangan untuk dimasukkan di dalam koleksi mereka,” kata Preeti Khanolka, Penerbit Senior mereka.

VALORANT Episode Three Act Two akan tiba untuk pemain pada 8 September ini. Selain battlepass, VALORANT akan menyertakan peta baru Fracture pada kemas kini 3.05 akan datang.

RELATED NEWS

+