VALORANT mengharamkan lebih 3.6 juta penipu dan penggodam dalam masa empat tahun!

Dalam masa empat tahun, penipuan dan penggodaman sentiasa menjadi masalah yang tidak akan pernah selesai untuk VALORANT.

Namun, dengan adanya sistem anti-godam, Vanguard dari Riot Games, Riot berjaya mengharamkan lebih 3.6 juta penipu dan penggodam dalam permainan itu.

Pengumuman ini dibuat oleh Riot Games sendiri di laporan Vanguard X VALORANT di laman rasmi playvalorant.

Foto: Riot Games

Ini bermakna RIot Games berjaya mengharamkan akaun dalam VALORANT dengan nisbah seorang pemain/37 saat.

Terdapat tiga perkara yang membuatkan seseorang itu diharamkan dari VALORANT:

  • Pengesanan: Pengharaman dari pengesanan aset penipuan.
  • Perkakasan: Penggantungan untuk akaun yang membuat kesalahan kedua lebih teruk.
  • Manual: Pengharaman dari staf selepas review manual

Anda boleh membaca laporan penuh di sini.


Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+