VALORANT Strike Arabia Grand Finals – jadual, format dan prize pool sehingga RM209,500

VALORANT Strike Arabia adalah siri kejohanan yang dianjurkan Riot Games bagi pasukan-pasukan VALORANT di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). 

Selepas berlangsungnya Strike Arabia Championship dan Strike Arabia League, Strike Arabia Grand Finals adalah pentas terakhir bagi lapan pasukan dari wilayah ini untuk bersaing mendapatkan tempat di Last Chance Qualifier bagi wilayah Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara (EMEA). 

Grand Finals ini juga akan diadakan secara offline yang akan diadakan pada 22 hingga 25 September ini.

Selain itu, kejohanan Strike Arabia Grand Finals juga menawarkan prize pool sehingga AS$50,000 (RM209,500). 

Berikut ialah lapan pasukan yang akan bersaing di dalam Strike Arabia Grand Finals:

  • YaLLa Esports
  • NASR Esports
  • Fox Gaming
  • Team RA’AD
  • Team ANUBIS
  • Tunisian Team Majesty
  • Geekay Esports
  • Piercer Esports

Lapan pasukan ini akan bersaing di peringkat bracket dan akan ditentukan secara tiga terbaik (BO3) dengan dua penyingkiran.

Manakala, pusingan akhir yang akan berlangsung pada 25 September akan ditentukan secara lima terbaik (BO5).

Pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara akan mendapatkan tempat di EMEA Last Chance Qualifier yang akan diadakan pada 14 – 17 Oktober ini bagi merebut kedudukan bagi kejohanan dunia VALORANT Champions.

Bagi mereka yang ingin mengikuti, kejohanan Strike Arabia Grand Finals ini akan ditayangkan di saluran Twitch VALORANT Arabia. Namun, tidak semua perlawanan akan ditayangkan.

Sumber: AFK Gaming, VALORANT Strike Arabia

RELATED NEWS

+