Valve disaman sebanyak RM3.95 bilion di UK kerana caj berlebihan kepada lebih 14 juta gamers PC

Valve bakal disaman di United Kingdom (UK) sebanyak £656 juta (RM3.95 bilion) atas tuduhan dominasi Steam terhadap pasaran permainan video di PC yang menutup persaingan serta mengecaj lebih untuk permainan video.

Saman ini dibuat oleh jurukempen hak digital kanak-kanak Vicki Shotbolt yang menuduh Valve mengecaj harga permainan video secara berlebihan kepada lebih 14 juta pemain di PC.

Valve juga dituduh kerana menyalahgunakan posisi dominan mereka di United Kingdom.

“Syarikat yang mendominasi pasaran tidak dibenarkan mengecaj harga berlebihan atau menjual harga yang menghalang persaingan,” ujar syarikat peguaman Milberg London.

“Kami percaya Valve Corporation secara tidak adil menutup persaingan kepada permainan video PC yang lain temasuk kandungan in-game. Ini bermakna, pelanggan di UK sudah membayar secara berlebihan untuk produk yang mereka beli,”

Semua ini berpunca dari jumlah potongan harga permainan video diambil oleh Valve iaitu sebayak 30% yang boleh dikatakan sangat tinggi berbanding Epic Games Store dan Microsoft yang hanya mengambil 12% sahaja.

Saman ini akan diwakili oleh Shotbolt yang akan menyuarakan semua pendapat pengguna Steam di UK.

Tuduhan ini perlu diluluskan oleh Tribunal Rayuan Pertandingan (Competition Appeal Tribunal) United Kingdom terlebih dahulu.

Kes ini sama seperti apa yang disaman oleh Milberg terhadap Sony pada tahun 2022 di mana syarikat itu menggunakan terma dan syarat yang tidak adil untuk pengeluar permainan video di PlayStation.

Rujukan: BBC

RELATED NEWS

+