Valve dilaporkan sedang menggerakkan projek baru yang akan membolehkan pemain menyambung ke permainan Dota 2 sewaktu perlawanan itu crash. "> Valve dilaporkan sedang menggerakkan projek baru yang akan membolehkan pemain menyambung ke permainan Dota 2 sewaktu perlawanan itu crash. " /> Valve dilaporkan sedang menggerakkan projek baru yang akan membolehkan pemain menyambung ke permainan Dota 2 sewaktu perlawanan itu crash. " />

Valve membangunkan sistem untuk menyambung perlawanan Dota 2 yang bermasalah teknikal

Valve dilaporkan sedang menggerakkan projek baru yang akan membolehkan pemain menyambung ke permainan Dota 2 sewaktu perlawanan itu crash.

Walaupun masalah teknikal jarang sesekali berlaku dalam arena profesional Dota 2, tetapi jika ia berlaku, tidak ada cara untuk kembali ke perlawanan itu pada masa ini.

Oleh kerana Dota 2 serta perlawanannya mempunyai begitu banyak pemboleh ubah, hampir mustahil untuk mencipta kembali senario yang sesuai  berlakunya masalah teknikal. Sistem yang sedang dibangunkan ini ditemui dalam fail permainan Dota 2 oleh Matthew ‘Cyborgmatt’ Bailey, Pengarah Operasi Team Secret.

Cyborgmatt melaporkan melalui akaun Twitternya bahawa sistem baru ini akan membolehkan penonton ‘menyimpan takngakapan dari perlawanan semasa (pasukan, hero, item, bangunan, stok kedai & entiti) ke dalam fail JSON.’

Menurut beliau, ciri ini kemungkinan digunakan untuk menyimpan perlawanan pada satu tahap dan kemudian membolehkan pemain menyambung semula dari tahap yang relevan di kemudian hari jika diperlukan. Dalam kata lain, ia membenarkan pemain ‘save’ perlawanan itu.

Pakar statistik Dota 2 yang terkenal, Ben ‘Noxville’ Steenhuisen, memperhatikan bahawa fail data permainan, yang diciap oleh Cyborgmatt, mempunyai hanya sejumlah kecil data dan projek itu masih dalam proses.

]Dota 2 memiliki ciri ini ketika ia menggunakan Source 1 Engine sebelum dipindahkan ke Source 2 pada tahun 2015. Source 2 tidak memiliki ciri seperti itu kerana permainan yang mengalami masalah teknikal seperti crash perlu diulang semula.

Team Nigma dan Team Secret terlibat dalam siri WePlay AniMajor ketika masalah pelayan menyebabkan perlawanan kedua terhenti.

Permainan kemudian dibuat semula dengan draf hero, kedudukan pemain serta item permulaan yang sama.

Walaupun permainan ini masih di peringkat awal dan kedua belah pihak tidak memiliki kelebihan yang signifikan, masalah seperti itu dapat mempengaruhi keputusan permainan yang sudah dimainkan untuk jangka waktu yang lebih lama.

TAGS

RELATED NEWS

+