Vampire: The Masquerade – Bloodhunt – macam PUBG campur Pontianak

Vampire: The Masquerade – Bloodhunt kini boleh dimainkan secara Early Access di Steam bermula semalam.

Permainan video ini adalah dari francais Vampire: The Masquerade dan juga permainan video battle royale ala-ala PUBG tetapi dengan elemen kuasa dari seorang pontianak.

Ia boleh dikatakan PvP + PvE yang bermaksud anda bukan sahaja perlu berlawan dengan pontianak lain tetapi terdapat juga beberapa NPC yang boleh mencederakan anda seperti askar dan manusia yang bertindak sebagai buff pasif untuk karakter anda.

Anda boleh memilih enam jenis Pontianak dengan kuasa masing-masing yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Brujah, Nosferatu dan Toreador.

Brujah

Brute akan menjadi tanker dan boleh mengeluarkan kuasa shockwave untuk menghalang peluru.

Vandal pula sesuai unutk berlawan dalam jarak dekat dengan kuasanya mengurangkan resistance apabila dekat dengan musuh.

Nosferatu

Saboteur adalah kelas pontianak yang penuh licik dan boleh meletak perangkap yang mengeluarkan gas toksik dan menjadi halimunan apabila crouch.

Prowler pula adalah kelas recon yang boleh menggunakan kelawar untuk mecari dimana musuh berada dan apabila musuh mempunyai kecederaan Prowler dapat melihat di mana musuh berada.

Toreador

Muse adalah kelas support yang boleh memberi heal kepada ahli pasukannya dan apabila jatuh dia akan memberi rakan pasukanya instant cooldown untuk semua kuasa.

Siren pula mampu membuat musuhnya buta seketika dan memberi damage dalam kawasan besar (AOE) dan mempunyai pasif yang boleh membuatkan orang biasa jatuh cinta dengan anda.

Cara bermain

Seperti PUBG perkara pertama anda perlu buat adalah loot dan setiap senjata juga mempunyai rarity mereka sendiri.

Tetapi apa yang membezakan adalah kuasa luar biasa dari karakter anda dan juga manusia yang anda jumpa di dalam peta untuk tujuan buff diri sendiri dengan menghisap darah mereka.

Jangan lupa cuba Vampire: The Masquerade – Bloodhunt di platform Steam sekarang.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman lain untuk platform lain.

Info lanjut akan menyusul nanti di laman sesawang Blood Hunt.

RELATED NEWS

+