Vanss keluar secara rasmi dari Aura Fire, berkemungkinan masuk Onic Esports?

Aura Fire, salah sebuah pasukan yang bertanding di MPL Indonesia musim ketujuh lalu. Mereka tidak berpeluang untuk ke peringkat playoff berdasarkan keputusan regular season yang mengecewakan. Satu demi satu pasukan berjaya menewaskan mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by AURA (@auraesports)

Selain itu, Aura Fire juga dianggap sebagai pasukan Underdog oleh netizen sewaktu pertandingan itu. Kini menjelang musim kelapan, mereka sudah membuat satu perubahan dengan mengumumkan perkara itu melalui posting akaun rasmi Instagram mereka. 

Salah seorang pemain mereka iaitu Vansss sudah keluar dari pasukan, beliau bermain sebagai posisi jungler dan mahir dalam menggunakan Claude, Granger dan Karrie. Namun begitu, nasibnya di pasukan Aura dilihat sangat rumit, beliau terpaksa berpindah posisi dari core ke sidelane.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Posting dari akaun Instagram, berita-berita berkenaan Mobile Legends (@emak_moba) mengatakan kemungkinan Vansss akan masuk ke dalam pasukan Onic Esports. Ia masih menjadi khabar angin kerana ia masih tidak diumumkan secara rasmi oleh pasukan Onic. 

RELATED NEWS

+