VCT: BOOM Esports tundukkan FENNEL, Global Esports dominasi DAMWON di APAC Last Chance Qualifier

VALORANT Champions Tour (VCT) Last Chance Qualifier bagi zon Asia Pasifik (APAC) sudah memulakan siri kejohanan mereka dua hari lepas dengan memperlihatkan dua perlawanan oleh wakil BOOM Esports, FENNEL, Global Esports dan DAMWON Gaming.

Perlawanan antara BOOM Esports dan FENNEL menjadi pembuka tirai bagi kejohanan kelayakan ini, dengan menyaksikan pasukan Indonesia itu memberikan saingan yang cukup hebat ke atas pasukan FENNEL dan menewaskan wakil Jepun itu dengan 2-0.

Perlawanan pertama dengan di Ascent menyaksikan FENNEL sudah mendahului dengan 7-5 sebagai posisi Attacker. Namun, separuh masa kedua segalanya berubah apabila BOOM Esports mula menunjukkan permainan yang cukup baik dan menembusi pertahanan FENNEL dengan 8-3. 

FENNEL menguasai perlawanan kedua di Icebox sebagai Defender dengan cukup baik dengan 9-3. Namun, segalanya berubah apabila mata mencapai 11-3 apabila BOOM Esports mula menunjukkan taring mereka sebagai Defender dan membawa pasukan mereka ke pusingan Overtime. BOOM Esports menang dengan 15-13.

Global Esports wakil Asia Selatang pula menentang wakil Korea, DAMWON Gaming di perlawanan kedua. Di mana pasukan Global menewaskan DAMWON dengan 2-1.

Perlawanan pertama di Haven, memperlihatkan Global Esports mendominasi separuh masa kedua sebagai Defender menghalang kemaraan DAMWON dengan mengakhirkan perlawanan dengan 13-8. 

Namun, di Ascent DAMWON menunjukkan kesungguhan mereka mengawal pihak lawan sepenuhnya tanpa memberi peluang buat serangan Global Esports sebagai Defender di separuh masa kedua. Mereka menewaskan Global Esports dengan 13-5.

Peta Split menjadi peta penentuan bagi kedua pasukan ini. Global mula memberikan permainan yang cukup baik dengan mengawal separuh masa pertama dengan 9-3 sebagai Attacker, kemudian menamatkan perlawanan dengan 13-5.

BOOM Esports seterusnya akan menentang NUTURN Gaming pada hari ini pada jam 7.00 malam. Begitu juga buat pasukan Global Esports yang akan bertemu Paper Rex yang akan bermula jam 10.00 malam.

Perlawanan VCT Last Chance Qualifier boleh disaksikan di saluran YouTube VALORANT Champions Tour dan saluran Twitch VALORANT Esports 2.

Sumber: AFK Gaming, theSPIKE.gg.

RELATED NEWS

+