VCT: Champions 2021 kemungkinan berlangsung di Eropah

Kejohanan dunia VALORANT Champions 2021 kemungkinan akan diadakan di Eropah. 

Hal ini berikutan penyebaran pandemik COVID-19 yang masih belum reda, di samping beberapa sekatan dan peraturan keselamatan berikutan hal ini yang dikenakan di kebanyakan negara. 

Sebelum ini, terdapat ura-ura menyatakan Riot sedang merancang untuk menganjurkan kejohanan dunia itu di wilayah lain yang mana dijangkakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kejohanan VCT Champions juga dijangkakan akan diadakan pada 1 hingga 12 Disember ini.

“Polisi pengembaraan Eropah adalah yang paling baik untuk menyatukan pemain yang sertai VCT wilayah, yang memberikan jalan terbaik untuk menganjurkan Champions di mana semua pasukan yang layak, boleh hadir,” kata Riot.

“Keutamaan kami ialah untuk menganjurkan sebuah acara yang selamat dan inklusif untuk peminat daripada seluruh dunia untuk raikan.”

Pada September, Riot berjaya menganjurkan kejohanan VCT Master Berlin di sebuah venue tertutup di Verti Music Hall Berlin tanpa kehadiran penonton. 

VCT Champions akan disertai oleh 16 pasukan daripada setiap wilayang dengan 12 daripadanya sudah melayakkan diri melalui regular season dan 4 pasukan lagi akan ditentukan ketika Last Chance Qualifier. 

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+