VCT: FULL SENSE menang menentang NUTURN

Kehangatan bagi APAC VCT Last Chance Qualifier masih lagi dirasai buat para peminat kejohanan e-sukan ini. 

Perlawanan kedua wakil Asia Tenggaran, FULL SENSE daripada Thailand, mempamerkan taring mereka membenam NUTURN dengan keputusan 2-1.

Bind menjadi peta pertama bagi perlawanan kedua pasukan ini, di mana pasukan NUTURN mempamerkan corak permainan yang cukup baik. Bahkan, pasukan NUTURN berjaya menamatkan beberapa pusingan dengan Flawless. FULL SENSE berjaya membawa perlawanan ke Overtime, sebelum akur dengan 13-15.

FULL SENSE di peta kedua, Haven, mula menunjukkan gading mereka dengan menundukkan NUTURN dengan 13-3. Melihat JohnOlsen daripada FULL SENSE ‘clutch’ dengan memberikan ‘collateral damage’ kepada NUTURN menggunakan Marshall betul-betul mengagumkan. 

Perlawanan penentuan di peta Ascent, di sini FULL SENSE benar-benar tidak memberikan peluang buat NUTURN untuk menyerang balas. Dengan corak permainan yang sangat kemas dan kawalan yang cukup baik, FULL SENSE membawa perlawanan itu berakhir dengan keputusan 13-0. 

Perlawanan FULL SENSE seterusnya akan berlangsung pada 15 Oktober ini. Saksikan di saluran YouTube dan Twitch VALORANT. 

Sumber: VALORANT Esports.

RELATED NEWS

+