VCT Masters Berlin – kumpulan, format dan jadual

2021 VALORANT Championship Tour Stage 3 – Masters Berlin kini semakin hampir. Dengan kejohanan ini bermakna berakhirlah VALORANT Championship Tour untuk tahun ini sebelum kejohanan dunia, Championship yang akan diadakan pada akhir tahun ini. 

Kejohanan ini akan berlangsung pada hari ini hingga 19 September ini di Verti Music Hall Berlin, Jerman. 

Pada Masters Berlin kali ini, terdapat 15 pasukan (pada asalnya 16 pasukan), yang akan bertanding. 15 pasukan ini dipilih melalui kejohanan VCT Stage 3 yang diadakan disetiap zon di EMEA, Amerika Utara, Brazil. Korea, Jepun, Asia  Tenggara dan Amerika Latin.

Namun, penyertaan sebuah pasukan daripada SEA, BREN Esports, terpaksa dibatalkan berikutan terdapat masalah visa. 

Semasa peringkat Kumpulan, setiap pasukan akan bersaing dengan empat pasukan di dalam setiap kumpulan. Dua pasukan akan disingkirkan untuk menentukan dua kumpulan terbaik melalui perlawanan tiga terbaik (BO3).

Kumpulan A

Vision Strikers
Paper Rex
SuperMassive Blaze
Acend

Kumpulan B

VIVO Keyd
Team Envy
KRU Esports
ZETA DIVISION

Kumpulan C

Gambit
Crazy Raccoon
100 Thieves
Havan Liberty

Kumpulan D

Sentinels
G2
F4Q

Bagi kumpulan D Sentinel, G2 dan F4Q akan bersaing di dalam dua pusingan round-robin untuk menentukan dua pasukan terbaik. 

Berikut ialah jadual perlawanan bagi Master Berlin:

Jumaat, 10 September – Peringkat Kumpulan

9.00 pm MYT – Acend vs SuperMassive Blaze

Sabtu, 11 September – Peringkat Kumpulan

12.00 am MYT – F4Q vs g2 Esports
3.00 am MYT – Havan Liverty vs 100 Thieves
9.00 pm MYT – PAPER REX vs Vision Strikers

Ahad, 12 September –  Peringkat Kumpulan

12.00 am MYT – Crazy Raccoon vs Gambit
3.00 am MYT – Team Envy vs Vivo Keyd
9.00 pm MYT – ZETA DIVISION vs KRU Esports

Isnin, 13 September 

12.00 am MYT – G2 Esports vs Sentinels
3.00 am MYT – Pemenang Kumpulan C
9.00 pm MYT – Pemenang Kumpulan B

Selasa, 14 September

12.00 am MYT – Pemenang Kumpulan A
3.00 am MYT – F4Q vs Sentinels
9.00 pm MYT – F4Q vs G2 Esports

Rabu, 15 September

12.00 am MYT – Penyingkiran Kumpulan B 
3.00 am MYT – Penyingkiran Kumpulan C
9.00 pm MYT – Penyingkiran Kumpulan A

Khamis, 16 September

12.00 am MYT – G2 Esports vs Sentinels
3.00 am MYT – Penentu Kumpulan B
9.00 pm MYT – Penentu Kumpulan A

Jumaat, 17 September

12.00 am MYT – Penentu Kumpulan C
3.00 am MYT – F4Q vs Sentinels
9.00 pm MYT – Suku Akhir
10.00 pm MYT – Suku Akhir
11.00 pm  MYT – Suku Akhir

Sabtu, 18 September

12.00 am MYT – Suku Akhir

Ahad, 19 September 

12.00 am MYT – Separuh Akhir
1.00 am MYT – Separuh Akhir

Isnin, 20 September 

12.00 am MYT  – Akhir

Perlawanan-perlawanan ini boleh di tonton di saluran Twitch VALORANT dan YouTube VALORANT. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai 2021 VALORANT Championship Tour Stage 3 – Master Berlin, anda boleh ikuti Twitter, Facebook, Instagram, laman PlayVALORANT dan laman rasmi Valorant Esports.

Sumber: VALORANT Esports, Dot Esports

RELATED NEWS

+