VCT: NA LCQ akan disambung pada 27 Oktober, berlangsung secara atas talian sepenuhnya

Kejohanan Last Chance Qualifier Amerika Utara yang sebelum ini ditangguh berikutan dua pemain FaZe Clan yang dilaporkan dijangkiti Covid-19 pada 13 Oktober lalu serta beberapa masalah teknikal yang lain. Sejak dari itu, kejohanan dihentikan buat sementara waktu.

Kini, dilaporkan NA Last Chance Qualifier akan disambung semula secara atas talian sepenuhnya bermula 27 Oktober ini dengan baki tujuh perlawanan sebelum pusingan Akhir pada 31 Oktober ini. 

Last Chance Qualifier ialah kejohanan kelayakan untuk pasukan-pasukan VALORANT mendapatkan tempat untuk bersaing di kejohanan dunia VALORANT Champions yang akan berlangsung pada bulan Disember ini. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+