VCT: NUTURN tewaskan BOOM Esports, Paper Rex menawan Global Esports

Hari kedua APAC VCT Last Chance Qualifier menyaksikan persaingan yang cukup hebat oleh pasukan-pasukan VALORANT terbaik daripada Asia Pasifik.

BOOM Esports pada perlawanan kedua mereka terpaksa akur dengan kekalahan, selepas tewas kepada NUTURN dengan 0-2. 

Meskipun mereka memberikan saingan yang cukup hebat pada separuh masa pertama dengan mendahului 8-4 sebagai Defender, NUTURN mula mempamerkan pertahanan yang cukup kemas dengan menamatkan perlawanan di Bind dengan 13-10. 

Perlawanan peta kedua di Haven, di sini NUTURN benar-benar menguasai perlawanan dengan cukup baik. Cubaan BOOM Esports untuk mempertahankan spike site daripada kemaraan NUTURN gagal pada separuh masa kedua. Bahkan, kekuatan pertahanan NUTURN juga sangat padu sebelum menamatkan perlawanan dengan 13-7. 

Prestasi Paper Rex pada perlawanan pertama mereka di Last Chance Qualifier ini sangat mengkagumkan apabila mereka berjaya mendominasi Global Esports di kedua-dua peta dengan keputusan 2-0.

Icebox menjadi peta pertama perlawanan mereka. Paper Rex mengawal permainan dengan cukup baik pada separuh masa pertama dengan hanya bolos tiga mata. Tetapi tiada sebarang peluang yang diberikan kepada Global Esports pada masa kedua apabila perlawanan tamat dengan 3-13.

Paper Rex benar-benar mendominasi peta pilihan Global Esports iaitu peta Haven, apabila Paper Rex tidak memberi peluang kepada Global untuk mendapatkan mata. Perlawanan ditamatkan dengan keputusan 13-0.

Paper Rex hari ini akan berhadapan dengan Northeption, yang dijadualkan pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Manakala BOOM Esports akan berlawan pada pukul 6.00 petang.

Sumber: AFK Gaming, VALORANT Esports

RELATED NEWS

+