VCT: Oceania terpaksa berundur daripada NA Last Chance Qualifier

VCT Last Chance Qualifier untuk wilayah Amerika Utara pada 12 Oktober ini terpaksa menyaksikan pengunduran dua pasukan Oceania daripada kejohanan itu berikutan masalah dokumentasi dan peraturan COVID-19. 

Dua pasukan iaitu ORDER dan Cheif Esports Club terpaksa menarik diri daripada kejohanan kelayakan untuk ke VCT Champions itu dan menjadikan pasukan yang terlibat untuk kejohanan ini menjadi lapan pasukan daripada Amerika Utara. 

Selepas pengunduran dua pasukan Oceania, berikut ialah senarai pasukan yang terkini:

  • 100 Thieves
  • Version1
  • FaZe Clan
  • XSET
  • Luminosity Gaming
  • Rise
  • Cloud9 Blue
  • Gen.G Esports

Berikutan pengunduran ini, pihak Riot mengumumkan melalui Twitter VALORANT Champion Tour NA menyatakan, pihak mereka sudah berusaha untuk membawa dua pasukan Oceania itu ke Los Angeles berikutan kelayakan mereka. Namun, ianya terhalang kerana peraturan COVID-19, isu dokumentasi pengembaraan dan beberapa masalah lain.

Kedua-dua pasukan itu akan diberikan saguhati berikutan permasalahan ini selepas usaha mereka semasa sepanjang VALORANT Champions Tour.

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+